Selamat Tinggal Daki Derhaka

Tahu tak, tubuh kita ada sel-sel yang sangat kecil dan tidak nampak dengan mata kasar? Antara sel-sel ni, ada yang tua dan ada juga yang  baru nak kenal dunia. Sel-sel tua ni pulak lama kelamaan akan mati dan mengeras lalu terhasillah satu makhluk halus yang dinamakan DAKI. Handsome ke daki ni? Mestilah tak !!! Sebab kulit anda akan nampak gelap dan mungkin berkerak apabila daki-daki bermaharajalela.

Sifat daki ni degil, macam awak kecik-kecik dulu, nak kena rotan baru dengar kata. Mandilah berjam-jam pun, dia buat dono ajer. Lainlah kalau anda rajin sental menyental macam cuci jamban tu tiap hari. Habis tu nak buat macam mana nak hilangkan daki derhaka ni? Ha, kami ada tips menarik kat bawah ni, cubalah mana yang berkenan ya.

 

Serbuk Kopi

Bagi penggemar kopi, jangan buang dulu serbuk kopi lepas anda minum. Guna serbuk kopi dan sental lembut pada badan terutama bahagian yang mudah berdaki seperti leher, siku, lutut dan celah peha.

 

Minyak Zaitun

Nak cuba cara alami? Ambil sedikit minyak zaitun dan campurkan dengan segenggam beras yang telah ditumbuk atau dihancurkan kemudian sapukan pada bahagian badan yang berdaki.

 

Limau Nipis

Ambil buah limau nipis yang telah dipotong dua dan gosok lembut pada bahagian berdaki. Ermm jangan berani-berani cuba nak kenakan buah limau nipis ini pada badan jika ada luka. Takut ada yang menangis kepedihan nanti.

Tapi, kalau malas nak buat dan sental sendiri badan anda dengan tiga cara alami di atas, atau anda rasa nak dimanjakan, boleh je dapatkan khidmat skrub professional. Jangan risau, anda boleh dapat khidmat ini dengan harga sangat berpatutan daripada Reborn Beauty House. Klik sini untuk dapatkan baucar bernilai RM48 di www.superdeals.com.my dan ikut arahan yang diberi. 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *