Selami Definisi CINTA Dan SAYANG

Cinta dan Sayang, nampak sama tapi hakikatnya kedua-dua perkataan dan sifat ini memberikan dua definisi yang berbeza. Cinta sering diiringi dengan perasaan sayang, namun andai hanya Sayang yang hadir, belum tentu kita boleh mencintai. Rumit? Jom kita rungkaikan maksudnya satu persatu.

Apakah erti Cinta? Apabila kita mencintai seseorang, kita cenderung untuk menyayanginya dengan  seikhlas hati dan sudah tentu menerima pasangan seadanya. Cinta hadir apabila dua hati rasa saling melengkapi antara satu sama lain. Cinta itu menyerahkan sepenuh jiwa dan raga. Cinta sukar untuk pudar, kerana ia terpahat kuat di dalam hati tetapi ia memerlukan kesetiaan.  Namun cinta juga mampu membutakan, kerana ia bersifat ingin memiliki.

Bagaimana pula dengan sayang? Pernahkah anda rasa ingin melidungi seseorang dan tidak mahu melepaskannya pergi? Sayang merupakan sebuah perasaan yang tulus dari sanubari dan sifatnya abadi. Andai kita menyayangi seseorang, kita tidak sanggup untuk melukai sehingga sanggup mengorbankan hati dan perasaan sendiri demi insan yang disayangi. Kita akan sentiasa lakukan yang terbaik untuk mereka.

Jadi, apa yang buatkan Cinta dan Sayang ini menjadi dua perkara yang berbeza? Tidak semua orang dapat merealisasikan dongeng cinta mereka. Andai takdir berpihak kepada mereka, beruntunglah mereka ini dapat mencintai dan menyayangi orang yang sama. Namun, tidak bagi mereka yang terpaksa melepaskan cinta atas kekangan yang tidak dapat dihindari. Walaupun mereka boleh menyayangi insan yang di sisi, belum tentu ia dapat memadamkan rasa cinta sejati yang pernah terpahat di hati. Perasaan sayang boleh mengikat kasih namun ia tidak mampu membeli perasaan cinta. Anda rasa ini tidak adil bukan? Percayalah, kita tidak mampu mengawal keinginan hati.

Namun, walaupun kita berhak memilih untuk membahagiakan atau dibahagiakan, membahagiakan itu jauh lebih indah. Bagi pasangan suami dan isteri yang mengalami situasi sebegini, beri fokus kepada pasangan anda yang tersayang. Imbau kembali saat-saat manis anda bersama dan rancang impian perhubungan anda dengan lebih jelas. Perbanyakkan aktiviti yang bermanfaat bersama pasangan. Rasanya tak salah kalau pergi berbulan madu lagi walaupun sudah bergelar pengantin lama. Jangan runtuhkan rumah tangga yang dibina hanya kerana cebisan kenangan manis cinta bekas kekasih anda. Ingat, bahagia boleh datang bila-bila masa sahaja, meskipun dengan pilihan yang kedua.

Untuk pilihan percutian romantik yang lebih jimat, boleh dapatkan di www.superdeals.com.my. 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *