Separuh Gila Bila Anak Tolak Car Seat! Jangan Khuatir Ada Ubatnya.

Apabila melalui pengalaman melatih anak duduk dalam car seat, ada yang tidak perlu usaha lebih bagi memastikan keadaan anak tenang. Namun tak kurang juga yang terpaksa berdepan dengan stress tahap nirvana. Walaupun kita disarankan untuk mula melatih anak sejak bayi lagi, ada anak-anak yang tetap meraung sepanjang perjalanan sampai berbulan-bulan lamanya. Jangan terkejut kalau ada yang makan tahun. Jadi jika anda berhadapan dengan masalah ini, cuba tip berikut :

  1. Senyum Ala Miss World – Siapa yang tak stress bila anak tak berhenti menangis didudukkan dalam car seat. Cuba tenangkan diri setenang-tenangnya. Sebab bila diri tenang baru anda boleh fokus. Fokus pada pemanduan kerana anda perlu utamakan keselamatan anak. Kalau sukar, paksa diri untuk senyum, Senyum bagai Miss World. Senyumlah kerana pada hakikatnya anda telah membuat perkara yang betul dengan meletakkan anak dalam car seat. Tepuk untuk diri sendiri!
  2. Food Truck – Kalau anak masih kecil mungkin boleh beri buah yang diletakkan dalam alat pemakanan bayi khusus untuk hisapan. Bagi yang besar sedikit boleh berikan snek seperti keropok atau biskut, Kalau yang memang dah boleh mengunyah dan masih mengamuk didudukkan dalam car seat bagi terus ayam goreng ke pizza atau apa sahaja yang anda pun boleh layan makan sekali. Biaq pi lah orang nak kata kereta anda dah macam food truck.
  3. Wayang Dalam Kereta – Cuba mainkan video buat si kecil. Tentu dapat membantu menangkap perhatian si kecil. Mainkan video lagu kanak-kanak yang boleh anda ikut nyanyi bersama. Tapi kalau suara sumbang anda akan merosakkan lagi keadaan, mainkan saja video kartun. Namun harus diingat jangan sesekali benarkan anak memegang telefon pintar. Pastikan diletakkan pada pemegang. Tak pun  pasangkan pemain DVD. Nak lagi gempak, pasanglah projektor kalau nak tapi pastikan ikut kapasiti kenderaan anda lah ya. Wahhh dah macam panggung  wayang kau!
  4. Mini Playland – Kadang-kadang membawa bersama mainan si kecil dapat menghentikan tangisannya. Kalau tak berapa membantu, anda boleh bawa mainan berbeza setiap hari agar si kecil tidak bosan. Nak mudah letakkan semua mainan miliknya dalam but. Tak adalah anda mati kutu bila setiap kali dihulurkan mainan si kecil menangis. Dukung dan bawanya ke mini playland  milik kalian dan suruh saja si kecil pilih sendiri setiap kali sebelum memulakan perjalanan
  5. Ayat-ayat suci – kalau semua cara tak jalan, insya-Allah dengan memperdengarkan ayat al-quran si kecil akan merasa lebih tenang. Pada awal percubaan, mungkin si kecil terus-terusan menangis. Tapi percayalah, bawa bersabar, cekalkan hati..lama-kelamaan pasti berhenti meragam. Anda pun turut merasa kedamaian sewaktu memandu

Ingat ya kaum ibu dan bapa……walau macam mana gila pun kerumitan yang anda lalui dalam melatih anak duduk dalam car seat, jangan cepat berputus asa sebab setiap masalah pasti ada penyelesaian.  Yang penting car seat wajib guna! Jangan terkejut harga kerusi keselamatan kanak-kanak Pro-Care yang pada asalnya adalah RM1399, kini hanya RM699 di SuperDeals! Cepat rembat sebelum terlambat.

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *