Sepi Seorang Ibu Tua

Pernah tak anda bayangkan sekejapppp sahaja, yang satu hari nanti anda akan  meniti waktu senja, iaitu hari  TUA. Kulit anda semakin kendur, banyak garis kedutan di wajah dan rambut kian memutih. Senyuman terukir kelat dan air mata gugur tak semena-mena kala teringatkan kenangan riuh-rendah bersama keluarga tercinta, hilai-tawa anak-anak kecil yang dahulunya memekikkan telinga kini sayup-sayup menjauh, suaranya hanya di hujung talian. Anak-anak yang dahulunya sering memeluk kita dek takut hilangnya ibu dan bapa daripada pandangan kini hanya sekali sekala muncul di depan mata, kalau bukan hari raya mungkin pilihan raya.

Sayu mata memandang sepi dari tepi jendela, berbekalkan sebuah telefon di tangan, jari-jemari memetik kata berselindung rindu buat anak-anak yang semakin dewasa dan sibuk dengan kerja dan keluarga mereka yang  baru hendak dibina. Sesekali ketawa kecil melihat keletah cucu yang dikongsi di Facebook, teringat keletah anak sewaktu seusia mentah ini.

TUA itu anda sendiri, takut untuk memejamkan mata tiap kali malam tiba kerana takut tidak lagi dapat melihat dunia keesokan harinya. Malam-malam anda ditemani kenangan silam yang tidak mungkin boleh diputar kembali, malam-malam anda sunyi dan sepi sendiri. Makan minum tidak lagi berselera cukup sekadar menjamah sesudu dua, lainlah kalau ada banyak tangan yang merebut lauk-pauk di atas meja sama seperti dahulu kala.

via GIPHY

Membayangkannya sahaja sudah cukup memilukan apatah lagi ibu bapa yang sedang melaluinya sekarang. Meniti hari-hari tua menunggu hari habisnya nafas mereka bersendirian tanpa anak-anak yang sering disisi mengisi kekosongan hati dan jiwa sepi mereka. Beradalah ditempat mereka seketika untuk menyelami apa yang mereka rasa dan lalui. Jika anda pernah membayangkan hal ini pasti anda tidak akan sampai hati meninggalkan kedua orang tua anda sendirian ataupun berjauhan dengan anak-anak. Sentiasalah berada disisi mereka, kerana andalah harapan mereka. Meskipun tidak pernah sekalipun mereka mengatakan kesedihan mereka namun tataplah mata mereka, anda pasti dapat melihat jelas seorang ibu tua yang kesepian. Jom hayati bait bait lirik lagu ANAK yang popular berasal dari Filipina ini untuk lebih menghargai pengorbanan ibu dan bapa.

 

 

Haa dah, laplah air mata tu. Jangan sedih, masih belum terlambat untuk anda hiburkan hati orang tua anda, apa kata kali ini bawa mereka bercuti dengan seisi keluarga. Tak kisahlah dekat atau jauh, tetapi waktu bersama-sama itu yang sangat berharga buat mereka. Jika budget anda kurang, jangan risau sebab anda masih boleh dapat cari tempat percutian dan hotel menarik dengan harga murah di SuperDeals. Klik sini untuk nikmati hotel penginapan seisi keluarga yang berbaloi-baloi. Penginapan 3 Hari 2 malam untuk 6 orang termasuk sarapan cuma RM799 di PNB Ilham Resort. 

 

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *