SPM Bukan Pintu Kebebasan

TAHNIAH buat semua pelajar yang telah berjaya menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini. Tapi, TAHNIAH sebenarnya hanya layak diberikan kepada calon-calon yang telah berusaha berhempas pulas sebelum SPM tiba, tak kiralah berapa lama pun persediaan mereka. TAHNIAH kerana anda berjaya fokus di dalam kelas, TAHNIAH kerana anda berjaya menghormati para guru, TAHNIAH kerana anda berjaya menguruskan masa dengan bijak, TAHNIAH kerana anda berjaya menjadi anak yang sentiasa ingin berikan yang terbaik untuk ibu bapa. Anda layak untuk meraikan hari penuh bersejarah ini, segala bebanan dan tekanan yang anda galas selama ini telas berakhir!

Namun, sebaliknya yang berlaku. Baru-baru ini, heboh tentang calon SPM buat kecoh di jalan raya meraikan kertas akhir peperiksaan berhantu ini. Hmm tengok gaya memang dah gagal! Ini adalah contoh pelajar yang GAGAL dalam kehidupan, sebab pelajar yang bagus tahu membezakan mana yang baik mahupun yang buruk. Mereka boleh berfikir dengan waras dan mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan tidak akan membuat sesuatu perkara diluar batas. Jika sikap sebeginilah yang ditunjukkan, pelajar-pelajar tersebut tidak layak untuk tamat sekolah dan wajib dihantar semula belajar seawal peringkat tadika.

Buat pengetahuan semua, SPM bukanlah sebuah pintu kepada kebebasan. Ya, anda boleh meraikannya namun biarlah berpada-pada. Banyak tanggungjawab dan ujian yang perlu dipikul setelah tamat persekolahan. TANGGUNGJAWAB adalah sebuah ujian yang lebih berat daripada ujian di atas kertas.

Kalau nak sambut sangatpun , buatlah cara bermaruah sikit. Banyak cara anda boleh raikan sempena tamat SPM ,macam ajak kawan-kawan ke Lost World Of Tambun. Jangan risaulah pasal harga sebab di SuperDeals anda boleh beli dengan harga berbaloi. Boleh lah buat kenangan yang tak memalukan untuk dikongsi kepada anak cucu nanti.

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *