Sudah-sudahlah Netizen Dengan ‘Congrates’!

Selalu tak nampak ucapan ‘congrats’ di eja ‘congrates’? Terutama sekali bila baca di ruangan komen atau kapsyen menerusi platform social media.

Sakit sangat mata, sakit sangat hati sebab untuk perkara yang mudah sebegini dah jadi berjangkit dan makin menular.

Pujian harus diberikan  sebab ingin mencuba berbahasa inggeris tapi sebelum mencuba tu kan elok kalau kita buat homework sikit atau bertanya kepada yang pakar. Adakah hanya sebab perkara ini diambil mudah atau sekadar komen yang dianggap tidak formal, anda rasa tidak perlu sampai bertanya? Ni yang silap! Bila mentaliti kita begini sampai bila pun kita tidak akan betul dan akan nampak bodoh sombong. Lebih parah bila penggunaan terma yang salah digunakan secara meluas. Malu dik!

Bila kita mengucapkan tahniah dalam bahasa inggeris , kita gunakan ‘congratulations’. Bila disingkatkan, jadilah ‘congrats’. Yang peliknya kenapa perlu ditambah huruf ‘e’ menjadi ‘congrates? Tidak diketahui kenapa ejaannya jadi sebegitu. Nak kata ejaan mengikut sebutannya , tak pernah dengar pula. Kesimpulan yang dapat difikirkan buat masa ini adalah mentaliti memandai-mandai atau menokok-nambah yang menguasai diri, ambil mudah dan malas buat rujukan. Harapnya tidak berulang lagilah kesilapan kecil ini ya. ‘Congrats’ bukan ‘congrates’ ok?!

Ejaan untuk satu-satunya laman web berasaskan baucar pun jangan salah ya? Pastikan anda taip betul-betul www.superdeals.com.my supaya tak terlepas macam-macam tawaran beli 1 percuma 1 di Ramadha Suites by Wyndham KLCC! Antaranya :

Beli 1 pizza, percuam 1 lagi pizza, hanya RM28!

Beli 1 kek perucma 1 kek, hanya RM24!

Beli 1 pasta percuma 1 pasta, hanya RM28!

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *