Tak Bestnya Tidur Ternganga, Tapi……….

Pernah tak sejurus terjaga daripada tidur, baru anda perasan yang mulut ternganga luas? Rasa macam nak menangis tak sebab selalu membayangkan diri dapat tidur secantik ‘Sleeping Beauty’ padahal……? Tidur dengan mulut ternganga adalah normal tapi kenapa agaknya ya? Jom kita ikuti jawapannya.

  1. Otot-otot Nak Rehat – apabila kita tidur, badan berada dalam keadaan berehat begitu juga dengan otot-otot kita. Sebenarnya, untuk menutup mulut otot perlu bekerja sebab terpaksa menegang. Jadi bila otot berehat dan dalam keadaan rileks dan tidak perlu bekerja, itulah yang membuatkan  mulut ternganga.
  2. Berat Badan Terlebih Sudah – haaa jaga-jaga kepada yang  naik berat badan. Bila makin gemuk, laluan pernafasan akan menjadi sempit. Dan ini akan menyebabkan mulut dibuka bagi mendapatkan oksigen.
  3. Hidung Tersumbat – apabila hidung berair atau berlendir saluran akan jadi tersumbat. Oksigen pula sukar untuk masuk ke dalam paru-paru. Jadi tibuh mncari jalan untuk mendapatkan oksigen mellaui mulut.
  4. Posisi Tidur Menelentang – hidung mengalami kesukaran menyedut oksigen apabila tidur dalam posisi begini dan menyebabkan pernafasan berlaku melalui mulut. Cuba tidur mengiring untuk memudahkan pernafasan melalui hidung dan perasan tak mulut anda tidak lagi ternganga?

Walaupun kini anda dah tau antara penyebab tidur ternganga dan sedar perkara ini adalah normal, tetap rasa tak best  kan? Tapi kalau ternganga tengok harga Headphone Edifier berprestasi tinggi tanpa wayar menjunam teruk menjadi RM189 sahaja, itu baru best sebab boleh dapatkan sahaja di SuperDeals. Nak ternganga dengan tawaran produk Edifier yang lain layari superdeals.com.my.

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *