Ungkapan ‘Beauty is Pain’ Tidak Wujud Bila Anda….

Wanita mana yang tak nak cantik?  Tipulah kalau ada yang tak nak. Kalau yang dah cantik tu , alhamdulillah lah. Tapi bagi yang kurang cantik nak kelihatan cantik , itu yang timbul ungkapan ‘Beauty is Pain’. Tapi apakah definisi sebenar ungkapan ini? Kalau ikut terjemahan secara terus, ‘kecantikan itu sakit? Setelah diperah otak yang kurang bijak ni, barulah dapt dirungkai apa yang tersirat :

1. Sakit tang waktu – Nak cantik perlu korbankan tempoh masa yang panjang. Nak mekap sebelum jadi raja sehari paling meletop makan dua, tiga jam. Nak ke pejabat pun, kenalah mekap jugak. Dibuatnya terlambat bangun, kelam kabut bersiap. Berlari ke bilik air nak mandi, tergelincir pulak. Sakit! Nak cepat mekap terus jadi lambat menahan kesakitan. Dalam perjalanan , stress jalan sesak pasal lewat keluar rumah, dah tambah sakit  hati. Sampai ofis, kena panggil pulak boss…dapat surat amaran lewat datang kerja. Paling sakit!

2.Sakit tang wang ringgit – Nak cantik juga perlukan pelaburan . Kecil ke besar bergantung kepada kehendak masng-masing. Percayalah duit gaji setiap bulan pasti keluar utuk bab kecantikan. Antara perkara  yang kita tak sedar berhabisan duit untuk kecantikan bila kita pergi buat facial, tambah peralatan mekap, buat manicure / pedicure, stim rambut, pergi spa, beli tudung, beli baju…haaaa amek kau orang perempuan! Tengah bulan mulut melopong tengok baki akaun, baru tahu rasa sakit. Terus kau pandang laki kau raih simpati.

3. Sakit yang betul-betul sakit – Ini maksudnya sakit yang melibatkan saraf sakit. Sanggup melalui proses yang menyakitkan asalkan hasilnya memuaskan hati. Buat facial pun kadang-kadang sakit bila perlu keluarkan segala white head, black head atau jerawat. Ada yang sanggup dicucuk nak cantik walaupun fobia jarum contohnya suntkan botox. Nak lebih ekstrim, melalui pembedahan iaitu pembedahan plastik!

Patutlah ‘beauty is pain’ kan? Tapi kan ada satu cara nak cantik yang tak perlu sakit waktu, sakit wang ringgit dan sakit yang betul-betul sakit. Eyelash Perming! Rawatan untuk melentikkan bulu mata yang hanya makan 1 jam tapi hasilnya tahan selama tiga, empat bulan. Tak perlu dah buang masa bermaskara bagai, tapi masih nampak menarik dan yangg penting original. Prosesnya tidak menyakitkan langsung dan paling penting hanya RM55 di Hannan Medispa Petaling Jaya melalui pembelian baucar di SuperDeals. Cuba cari yang lebih murah daripada ini!

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *