Wah, Cermin Sisi dan Belakang Kereta Persendirian Dah Boleh Gelap Sepenuhnya!!!

Berita baik buat mereka yang selalu impikan untuk memasang cermin gelap pada kenderaan persendirian masing-masing atas faktor-faktor seperti tambahan aksesori bagi mencantikkan lagi kereta, faktor keselamatan mahupun faktor kesihatan. Ini kerana mulai 8 Mei 2019, kerajaan telah memutuskan tiada lagi sekatan untuk cermin gelap kenderaan persendirian. Jika sebelum ini kadar gelap bahagian tersebut cuma 30%, kini ia boleh gelap sepenuhnya.

Walaubagaimanapun , cermin depan dan sisi pemandu tetap kekal pada kadar 70% dan 50%. Selain faktor keselamatan atau jenayah, agak berbahaya memandu dengan cermin sisi pemandu yang gelap. Ia menghadkan pandangan dan kawalan pemandu dan boleh meningkatkan risiko kemalangan. Tapiii, kalau nak jugak, anda boleh membuat permohonan daripada JPJ dan jika lulus ada yuran yang dikenakan. Tapi ingat, bukan senang nak lulus ya, pastikan anda mempunyai sebab yang kukuh.

Apa-apa pun, bagi yang dah teruja dan pasang lapisan filem atau cermin gelap pada bahagian yang tiada sekatan tersebut, bolehlah usha-usha filem penapis haba LLumar untuk kenderaan di SuperDeals.com.my. Harga dah tentu jimat, hati pun senang. Lepasni bolehla bergaya dengan cermin kereta gelap.

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *