Wanita Lebih Tertarik Dengan Rupa ‘Punai’ Yang Dikhatankan.

Image result for budak kecil berkhatan

Musim berkhatan kembali lagi! Satu amalan tradisi masyarakat melayu di negara yang selalunya melibatkan kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun. Dalam istilah tidak rasmi, zakar mereka ‘disunatkan’ bagi tujuan perlindungan daripada jangkitan kuman. Amalan berkhatan bagi golongan lelaki banyak faedahnya antaranya bahagian tersebut akan jadi lebih bersih, penjagaan lebih mudah dan lebih senang menyuci selepas membuang air kecil. Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan berkhatan yang kurang diketahui umum. Jom kita kenal pasti satu persatu :

  1. Mengurangkan risiko kanser zakar – Kanser zakar atau ‘penile carcinoma’ adalah sejenis penyakit berbahaya yang menyerang secara senyap dan hanya mampu dikesan bila pesakit mula merasa sakit pada zakar. Kajian berjaya membuktikan berkhatan dapat  mencegah penyakit ini. Keberangkalian mereka yang tidak berkhatan adalah sangat tinggi untuk diserang kanser,
  2. Mencegah kanser serviks – Kanser serviks cukup sinonim dengan wanita tapi apa kena mengena pula dengan kebaikan berkhatan? Sebenarnya lelaki yang berkhatan turut berkongsi faedahnya dengan pasangan. Lelaki yang berkhatan turut sama melindungi pasangan daripada penyakit dysplasia serviks, herpes, chlamydia dan siflis. Virus penyebab kanser serviks didapati tidak mampu menjangkiti pasangan kepada lelaki yang sudah berkhatan. Dianggarkan, peratusan wanita yang dilindugi daripada kanser serviks jika mempunyai pasangan yang sudah berkhatan adalah pada kadar 82%.
  3. Mengelak jangkitan pada saluran kencing – Didapati kanak-kanak yang tidak berkhatan lebih berisiko dijangkiti penyakit UTI (Urinary Tract Infection). Satu lagi kajian mendapati kanak-kanak yang berkhatan bukan saja dilindungi jangkitan pada saluran kencing tetapi juga dilindungi daripada jangkitan pada buah pinggang. Sebab itulah penyelidik mengesyorkan agar semua kanak-kanak lelaki melalui proses berkhatan sebagai langkah pencegahan.
  4. Mencegah penyebaran HIV – selepas berkhatan akan berlaku perubahan pada permukaan batang zakar yang memperkuatkan bahagian tersebut daripada serangan HIV. Tisu-tisu zakar akan mengalami perubahan seterusnya bertindak sebagai perisai bagi mengelak kemasukan virus HIV pada tubuh lelaki. Walaupun tidak 100% berkesan, sedikit sebanyak zakar yang dikhatan mampu menghasilkan sistem imunisasi mencegah HIV.
  5. Wanita lebih suka rupa zakar yang dikhatankan – Selain daripada faedah-faedah kesihatan yang diperolehi oleh wanita, mereka merasakan bentuk zakar yang dikhatankan lebih indah. Dalam satu kajian besar-besaran, beberapa kumpulan wanita diberikan pilihan sama ada mereka sukakan bentuk zakar yang dikhatankan atau tidak. Ternyata 90% memilih zakar yang dikhatan kerana merasakan rupanya lebih seksi.

Jadi kepada para ibu-bapa yang turut berdebar menantikan saat ‘menyeramkan’ buat anak-anak, selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan segalanya. Tapi kalau belum tiba masa berkhatan cuti sekolah kali ini, bawa mereka ke PD Ostrich Show Farm, RM20 je bayaran masuk untuk seorang kanak-kanak. Dapatkan baucar di superdeals.com.my

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *