Wanita-wanita Ini Berkongsi Sifat Romantik Luar Biasa ‘Encik Somi’. Mana Yang Paling Melting…

Baru-baru ini kami ada jalankan kajian dalam kalangan wanita, bertanyakan perkara romantik yang dilakukan oleh encik suami. Bukanlah yang cliche macam bagi bunga, bawa pergi surprised dinner tapi kami cuba mencari lain daripada yang lain. Manalah tau dapat bagi idea untuk warnai bahtera perkahwinan anda . Jom kita teliti satu persatu, mana  yang power.

1. Suamiku, MUAku – Yasmin Rina Zain, Damansara. Suami pernah ambil kursus mekap. Bukan untuk ceburi bidang baharu tapi untuk mekap wajah saya. Sampai saat ini, setelah 6 tahun berkahwin suamilah yang mekapkan saya setiap kali ada cara istimewa. Kadang-kadang tu tak perlu waktu tertentu pun dia akan suka-sukanak mekap saya. Katanya seronok belai wajah isteri. Ewah!

2. Obses korek telinga saya – Wan Dahlia, Pandan Indah. Sedap kan orang korekkan telinga? Hampir setiap malam suami akan korek dan bersihkan telinga sampai saya tertidur. Kadang-kadang tu waktu saya dah tidur, tiba-tiba rasa telinga digodeh. Ohhh masih bekerja rupanya suamiku. Lawak tapi romantis kan?

3. Bukan suap-suap poyo ye – Anum Dahlan, Taman Tun Dr. Ismail. Anak saya sangat kuat menyusu tak kira masa dan tempat. Kalau makan kat restoran pasti ibu menyusu tak aman nak makan kan? Tapi saya berselera sentiasa sebab sambil menyusu sambil suami suapkan. Ketiga-tiga beranak kenyang pada waktu yang sama. Sila ambil maklum ya, ini bukan suap-suap manja, gedik ya macam pasangan baharu bercinta. Tapi memang dah jadi rutin kami bila makan di luar sebab suami tak mahu dicap lelaki melantak dulu.

4. Selepas solat jemaah, suamiku…. – Saidah, Bukit Jalil. Suami isteri solat berjemaah… biasalah kan? Tapi apa yg luar biasa pasal suami saya adalah, setiap kali selesai solat, suami akan bukakan telekung dan lipatkan. Nampak kecil usahanya tapi impaknya besar. Cair seyhhhhhh

5. Kusangka suami nak sarungkan cincin tapi.. – Aliyah, Bangsar. Ulang tahun perkahwinan yang pertama… malam tu suami mintak hulurkan tangan. Dibelainya jari jemariku. Aku mula berdebar, sebab sebelah tangannya menyeluk poket. Cincin baharu kah? TIDAK! Tapi pengetip kuku. Dipotongnya kukuku satu persatu. Semenjak saat itu, bagai menjadi rutin suami potongkan kuku. Sweet tak?

6. Ada wanita lain, tapi aku bahagia. – Jovina , Seputeh. Suami bukan hadiahkan madu tapi setiap minggu suami upah wanita lain untuk menyapu, mop, vakum, buang sampah, lap tingkap, basuh tandas dan kerja-kerja rumah yang lain. Kata suami nak habiskan lebih masa berdampingan dengan saya. Memang suami idamankan? Anda pun boleh dapatkan khidmat membersih rumah secara mingguan di SuperDeals, hanya rm280 untuk 4 sesi. Fuh jimat kaw-kaw! I love you hubsbaby…..

Related Posts
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *